Rabu, 16 November 2016

TEMPAT PENGINAPAN DI KEDAH

1)Pantai Merdeka Resort.
Image result for pantai merdeka resort


2) Chalet Terapung Teluk Bayu Sg Petani



3) Serambi Pelangi Chalet Changlun Kedah
Penginapan Serambi Pelangi Chalet Changlun Kedah


Ada banyak lagi tempat penginapan di area  Kedah ini.

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK DI KEDAH

SPORT-TOURISM


1) Paragliding


Gunung Jerai yang disajikan panorama indah telah menarik minat ahli sukan luncur udara. Kira-kira 1200 kaki dari aras laut adalah ketinggian bagi tapak 'Tack Off' para sukan luncur udara. 'Take Off' Gunung Jerai adalah yang terbaik di Semenanjung Malaysia.

2) Jungle Tracking Tangga Kenari -1000 Tahun


Letaknya di Peranginan Titi Hayun dan jaraknya 3.4 km dari Pekan Yan. Tercatat dalam lipatan sejarah pada 28 April 1997 kerja-kerja merintis dan membersih laluan dimulakan. Ini adalah atas ilham YBhg Tan Seri Dato' Seri Sanusi bin Junid sebagai Menteri Besar ketika itu berkonsep Mental, Jasad dan Roh (MENJARO). Sebanyak 1334 anak tangga dibina bermula dari Titi Hayun hingga ke The Regency Jerai Hill Resort (Kedah Resort ketika itu) melalui denai hutan kompartmen 20 dan 21 Hutan simpan Gunung Jerai sejauh 5 km. Pendakian mengambil masa 3 hingga 4 jam.

3) Yan Fishing Safari


Daerah Yan mempunyai gugusan pulau iaitu Pulau Songsong, Pulau Telor, Pulau Bidan, Pulau Bunting dan TUAS untuk "Kaki Pancing" Mereka terdiri dari luar negeri Kedah boleh menginap/ menyewa Chalet/Homestays di sekitar dan pergerakan ke Tuas boleh melalui pintu Kuala Sungai Udang atau Dulang Kechil dengan kadar harga berpatutan. 

EDUCATION-TOURISM



Pelancongan yang berteraskan "Edu-Tourism" melibatkan pihak-pihak perseorangan dan swasta. Pada masa kini Daerah Yan mempunyai beberapa buah kem / Nature Park seperti Kem Kenari Nature Park di Kg. Acheh, Kem Palas, Alang Kenari Chalet, Puteri Ayu Chalet, KAMC Managemant Centre, Neo Era dan D'Yan Chalet di Jalan Titi Hayun yang menawarkan aktiviti-aktiviti seperti: Perkhemahan Bina Semangat, Kem Kecemerlangan Pendidikan Pelajar dan Aktiviti Lasak seperti River Cross, Survival dan Fliying Fox.

MAKANAN SEDAP DIKEDAH

1) MEE UDANG


Ni Mee Udang dijual di Pantai Merdeka. Sepinggan RM 8

2) CHAR KO TEOW


Char Ko Teow dijual di Bakar Arang Sg,Petani (dekat kilang Sachin dan Gmart). Harga sgt murah, biasa punya baru rm2.50, special atau extra rm3.00 n special extra baru rm3.50. Mmg tak jumpa la harga mcm ni kat tempat lain.

3) PASEMBOR YAN


Pasembor Yan yang kesedapannya memang tak dapat ditandingi oleh mana-mana pasembor pun di dunia ini. Hanya boleh didapati di market Yan dan Guar Cempedak saja. Special pasembor ni sebab kuah dia sedap, bahan-bahan dalam pasembor ada perut lembu, limpa, hati dan pelbagainya. Ada isi ikan jugak. Sebungkus RM 5.

4) LAKSA TELUK KECHAI


Laksa nie rasanya tak macam laksa2 yang biasa kite makan....kalau laksa Kedah biasanya mereka makan akan letak kicap atau pes otak udang...tapi laksa nie dia istimewa sikit sebab ianya dimakan bersama sambal kelapa dan laksanya dibuat sendiri.

5) KUIH BUNGA PUDAK


Kuih bunga pudak adalah sejenis kuih asli di negeri Kedah,terutama di  bahagian utara Kedah seperti Alor Star,Jitra dan kawasan-kawasan  berdekatan dengannya. Orang Kedah yang tinggal di bahagian selatan dan  timur mungkin tak pandai nak buat kuih ni...kuih ni kita boleh dapati  dijual di kedai-kedai kuih tradisi terutama kat Pekan Rabu,Alor Star.


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KEDAH

1) LADANG ANGGUR TASIK BERIS, SIK KEDAH


Ladang Anggur Tasik Beris - Destinasi Agro Perlancongan Kedah

Ladang Anggur Tasik Beris adalah merupakan Ikon baru negeri Kedah dan daerah Sik Khususnya.
ia juga adalah merupakan satu tempat untuk di lawati yang menarik dan boleh dikategorikan sebagai
destinasi Agro-Pelancongan.

Ladang ini berkeluasan 34 ekar dan setiap tahun boleh menghasilkan 3.5tan anggur segar. Jika mahu
membeli produk buah anggur disini atau terus dari kilang seperti kordial atau jem, bolehlah kiranya
membawa keluarga melawat ke sini di Sik Kedah.

Terdapat empat jenis Buah anggur yang ditanam disini.
- BLACK OPAL
- BLACK GRAPE
- WHITE MALAGA
- LOOSE PELITE


2)MASJID ZAHIR - Antara 10  Masjid Tercantik di Dunia


Masjid ini tersenarai antara 10 Masjid tercantik di seluruh dunia. Reka bentuknya adalah sangat
berseni dan merupakan masjid yang paling lama bertapak di Alor Setar sejak  1912 Jika dilihat
pada bentuk masjid ianya menyerupai Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang

Destinasi nya terletak didalam bandar dan hanya berhadapan dengan bangunan pentadbiran
kerajaan Negeri dan Alor Setar I-City.


3)MENARA ALOR SETAR


Menara ini juga adalah di gunakan sebagai menara komunikasi dan merupakan antara menara
tertinggi di Malaysia. Waktu operasi adalah dari 9.00 pagi hingga 10 malam dan harga masuk bagi
dewasa adalah RM8 dan kanak-kanak RM4.

RESTORAN BERPUTAR SERI ANGKASA
Konsep Restoran adalah sama seperti restoran berputar Menara KL, Tempat makanan adalah
sangat menarik sambil boleh melihat pemandangan bandar Alor Setar,

OBSERVATION AREA
Terletak 5 Teropong/ Binokular automatik membolehkan anda melihat pemandangan yang jauh.
Jika anda berkunjung ke Alor Setar menara ini adalah termasuk didalam tempat wajib harus di
kunjungi.


4)KOLAM AIR PANAS, ULU LENGGONG BALING


Destinasi kolam Air Panas yang terletak kira-kira 20 km dari baling dan merupakan salah satu
tempat tumpuan pelancong yang terkenal di kedah dan tempat dibuka di buka 24 Jam sehari
lu Legong Hot Spring diselenggarakan oleh jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah
Baling dan mempunyai 5 buah kolam air panas dimana mengandungi kandungan sulfur di dalam
air dan suhu adalah di antara 30-60 Darjah celcius.

Dengan kandungan air panas yang semulajadi, adalah dipercayai ianya boleh mengubat penyakit
kulit dan juga bagus untuk kesihatan.

Harga Tiket Kolam Air Panas Ulu Lenggong ialah RM6 warga tempatan dewasa dan RM 3 kanak-
kanak warga tempatan, manakala Warga asing RM10 Dewasa dan RM6 Kanak2. OKU dan Warga
Emas adalah RM4.

Penginapan Chalet disini juga merangkumi pelbagai jenis mengikut perbelanjaan anda, sama ada
bajet, yang mewah dan boleh juga secara Camping. ( Khemah ).

5)GUNUNG JERAI


Bagi mereka yang mahukan percutian di kedah ke kawasan yang nyaman dan sejuk bolehlah singgah
di Gunung Jerai. Pemandangan disini adalah sangat cantik dan indah dan di hiasi dengan sawah padi
yang luas terbentang.


Bagi mereka yang ingin menginap dan bermalam di gunung jerai maka anda bolehlah ke The Regency Jerai Hill Resort, dan jangan lupa untuk melihat pemandangan cantik matahari terbenam. disini juga tersedia gerai cenderahati, kemudahan tandas awam, dan kawasan lapang yang mudah di akses dengan kenderaan anda. bagi yang menggemari aktiviti hutan, pihak pengurusan ada menawarkan aktiviti menarik untuk anda.

Sebenarnya banyak lagi kalau nak disenaraikan tempat percutian menarik di Kedah ni, ia bergantung kepada minat anda, nak susana pantai, suasana laut atau hanya nak makan-makan sahaja. Di lain entri kita akan kongsikan lagi tempat-tempat menarik yang lain. Ada masa kita Travel ya...

MAKLUMAT SYARIKAT PERLANCONGAN


Nama Syarikat:DASREE TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
Alamat Berdaftar:No. 1A, Lorong Padiemas, Pantai Johor, 05250 Alor Setar, Kedah.
  
Alamat Perniagaan:No. 1A, Lorong Padiemas, Pantai Johor, 05250 Alor Setar, Kedah.
  
No Telefon:+604-733 2969 / +604-735 3563
No Faks:+604-735 8426
E-mail:info@dasreetraveltours.com
   
Nombor Lesen:No KKKP : KPL/LN 2969
No Syarikat:291992-X
Jenis Perniagaan:Sendirian Berhad
Status Bumiputra:100% Syarikat Bumiputra
Pengarah:Tuan Haji Zulkifli Bin Wan Ahmad
  Tuan Haji Ahmad Bin Abdullah
  Puan Hajjah Nuraini Hayati Ismail
PengalamanBerpengalaman selama lebih dari 20 tahun