Rabu, 16 November 2016

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KEDAH

1) LADANG ANGGUR TASIK BERIS, SIK KEDAH


Ladang Anggur Tasik Beris - Destinasi Agro Perlancongan Kedah

Ladang Anggur Tasik Beris adalah merupakan Ikon baru negeri Kedah dan daerah Sik Khususnya.
ia juga adalah merupakan satu tempat untuk di lawati yang menarik dan boleh dikategorikan sebagai
destinasi Agro-Pelancongan.

Ladang ini berkeluasan 34 ekar dan setiap tahun boleh menghasilkan 3.5tan anggur segar. Jika mahu
membeli produk buah anggur disini atau terus dari kilang seperti kordial atau jem, bolehlah kiranya
membawa keluarga melawat ke sini di Sik Kedah.

Terdapat empat jenis Buah anggur yang ditanam disini.
- BLACK OPAL
- BLACK GRAPE
- WHITE MALAGA
- LOOSE PELITE


2)MASJID ZAHIR - Antara 10  Masjid Tercantik di Dunia


Masjid ini tersenarai antara 10 Masjid tercantik di seluruh dunia. Reka bentuknya adalah sangat
berseni dan merupakan masjid yang paling lama bertapak di Alor Setar sejak  1912 Jika dilihat
pada bentuk masjid ianya menyerupai Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang

Destinasi nya terletak didalam bandar dan hanya berhadapan dengan bangunan pentadbiran
kerajaan Negeri dan Alor Setar I-City.


3)MENARA ALOR SETAR


Menara ini juga adalah di gunakan sebagai menara komunikasi dan merupakan antara menara
tertinggi di Malaysia. Waktu operasi adalah dari 9.00 pagi hingga 10 malam dan harga masuk bagi
dewasa adalah RM8 dan kanak-kanak RM4.

RESTORAN BERPUTAR SERI ANGKASA
Konsep Restoran adalah sama seperti restoran berputar Menara KL, Tempat makanan adalah
sangat menarik sambil boleh melihat pemandangan bandar Alor Setar,

OBSERVATION AREA
Terletak 5 Teropong/ Binokular automatik membolehkan anda melihat pemandangan yang jauh.
Jika anda berkunjung ke Alor Setar menara ini adalah termasuk didalam tempat wajib harus di
kunjungi.


4)KOLAM AIR PANAS, ULU LENGGONG BALING


Destinasi kolam Air Panas yang terletak kira-kira 20 km dari baling dan merupakan salah satu
tempat tumpuan pelancong yang terkenal di kedah dan tempat dibuka di buka 24 Jam sehari
lu Legong Hot Spring diselenggarakan oleh jabatan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah
Baling dan mempunyai 5 buah kolam air panas dimana mengandungi kandungan sulfur di dalam
air dan suhu adalah di antara 30-60 Darjah celcius.

Dengan kandungan air panas yang semulajadi, adalah dipercayai ianya boleh mengubat penyakit
kulit dan juga bagus untuk kesihatan.

Harga Tiket Kolam Air Panas Ulu Lenggong ialah RM6 warga tempatan dewasa dan RM 3 kanak-
kanak warga tempatan, manakala Warga asing RM10 Dewasa dan RM6 Kanak2. OKU dan Warga
Emas adalah RM4.

Penginapan Chalet disini juga merangkumi pelbagai jenis mengikut perbelanjaan anda, sama ada
bajet, yang mewah dan boleh juga secara Camping. ( Khemah ).

5)GUNUNG JERAI


Bagi mereka yang mahukan percutian di kedah ke kawasan yang nyaman dan sejuk bolehlah singgah
di Gunung Jerai. Pemandangan disini adalah sangat cantik dan indah dan di hiasi dengan sawah padi
yang luas terbentang.


Bagi mereka yang ingin menginap dan bermalam di gunung jerai maka anda bolehlah ke The Regency Jerai Hill Resort, dan jangan lupa untuk melihat pemandangan cantik matahari terbenam. disini juga tersedia gerai cenderahati, kemudahan tandas awam, dan kawasan lapang yang mudah di akses dengan kenderaan anda. bagi yang menggemari aktiviti hutan, pihak pengurusan ada menawarkan aktiviti menarik untuk anda.

Sebenarnya banyak lagi kalau nak disenaraikan tempat percutian menarik di Kedah ni, ia bergantung kepada minat anda, nak susana pantai, suasana laut atau hanya nak makan-makan sahaja. Di lain entri kita akan kongsikan lagi tempat-tempat menarik yang lain. Ada masa kita Travel ya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan